Tuesday, September 25, 2007

Fizikal tak sama


KUALA LUMPUR: Ibu Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang disahkan dibunuh, Norazian Bistaman, 35, mendakwa hanya hidung mancung pada mayat kanak-kanak misteri terbabit menyamai anaknya yang hilang manakala anggota tubuh lain tidak menunjukkan persamaan langsung.

Suri rumah itu yang membuat pengecaman kali kedua semalam berkata, dia sudah melihat mayat kanak-kanak ‘misteri’ terbabit secara dekat dan mendapati tiada tanda khusus yang menyamai Nurin Jazlin.

“Mungkin hanya 20 peratus saja persamaan antara mayat kanak-kanak malang itu dengan Jazlin. Saya cuba mencari tanda lahirnya di pipi dan tangan, namun tidak langsung nampak bukti dicari.

“Malah, susunan gigi depannya (Nurin) kecil dan rapat, selain gigi taring yang sedikit panjang, tidak sama seperti mayat itu yang agak ke hadapan,” katanya.


Menurutnya, masih ada satu lagi tanda khusus pada Nurin Jazlin, namun dia dan suami mengambil keputusan enggan mendedahkannya atas faktor keselamatan.


Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata, dia reda menerima sebarang keputusan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya ia benar-benar sepadan dengan ciri-ciri dimiliki anaknya.

“Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi, namun masih banyak persoalan tidak terjawab.

“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan saja tahu kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata, sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Aidilfitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

“Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudah dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya.

Norazian berkata, lebih memilukan perasaannya adalah apabila dalam keadaan dia bersedih dengan kehilangan Nurin, ada pula orang yang tergamak mempermain-mainkannya dan suami serta keluarga dengan memberitahu kononnya Nurin Jazlin yang dikenali dengan panggilan ‘Kak Ngah’ ada dalam kawalan mereka.

Menurutnya, dia turut menerima satu panggilan kelmarin daripada seorang yang tidak dikenali yang memberitahunya Nurin berada dalam jagaannya.

“Semalam (kelmarin) seorang lelaki dari Puchong memberitahu Nurin ada dalam tangannya, namun sebaik saya ingin bertanya lanjut, lelaki berkenaan terus mematikan talian telefonnya.

“Saya dah lemah, dah tidak bersemangat lagi untuk menerima sebarang panggilan yang menyakitkan hati. Cukuplah penderitaan yang saya tempuhi,” katanya selepas membuat pengesahan di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, petang semalam.

Ditanya berhubung pengesahan kali kedua dilakukan, Norazian memberitahu dia turut membawa dua saudara terdekatnya yang mengenali Nurin Jazlin untuk turut sama melakukan pengecaman.

Dalam kejadian Isnin lalu, Nurin Jazlin dipercayai dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Petaling Jaya Utara.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah sehingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayat hati kanak-kanak itu.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan `kurus kering’ selain mempunyai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya ketika membuat pengecaman pertama kali Isnin.

1 comment:

Anonymous said...

http://eekshop.com
Let this be your cue. This will make he or she believe vulnerable and even all your family can easily manipulate your mate You can tell them the puppy that your family are watching any of these kids'-start for additional details on add light plus enjoyable on your having intercourse life. You can then invite her or him to educate yourself regarding watch most of the movies therefore that lindsay can take an all in one be on the lookout at what the several pair of shoes are doing.